fbpx

Zizi Kirana pakai baju besar dan longgar pun cantik!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMEJ Zizi yang sopan mengenakan pakaian besar dan longgar ketika membuat persembahan di sebuah lokasi baru-baru ini menyorot perhatian dan pujian ramai peminatnya.

PENYANYI rap, Zizi Kirana antara selebriti yang sering menjadi tumpuan peminat muzik tempatan. Selain lagu-lagunya yang mudah melekat di telinga, penampilannya juga selalu disebut-sebut.

Kalau dahulu, dia dilabel sebagai wanita seksi, kini penampilannya semakin menjadi tumpuan. Semuanya sebab imejnya yang semakin tertutup dan sopan.

Masih bergelar penyanyi rap, tetapi Zizi tidak kekok membuat persembahan dengan memakai pakaian longgar dan besar.

Dalam sebuah video tular baru-baru ini, Zizi masih lincah dan seronok menghiburkan peminatnya menerusi lagu Amboi oleh penyanyi asal Altimet.

Zizi memakai baju besar dan bersarung tangan ketika menyanyi.

Malah, ada yang mengagumi penyanyi berusia 37 tahun itu kerana masih kelihatan cantik walaupun tanpa imej seksi yang selama ini menjadi identitinya.

“Ya Allah. Dia pakai baju besar pun tetap cantik. Semoga kekal hingga ke akhir dunia,” puji seorang peminatnya.

“Siapa kata baju labuh dan longgar tidak boleh kelihatan cantik,” kata seorang lagi peminatnya.

Diva pun ikut sama tumpang gembira dengan perubahan positif Zizi sekarang. Harap-harap selepas ini tidak timbul cerita-cerita kurang enak tentang awak okey.

DIVA: Ifa Raziah dibayar RM20,000 untuk bergelek. Hebat! Kalau Diva pula yang bergelek, berapa agaknya dibayar?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI