fbpx

Yuran mahal bukan faktor kemerosotan ke IPTS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedudukan ekonomi belum stabil antara punca kemerosotan kemasukan pelajar ke IPTS. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kemerosotan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) sejak pandemik bukan disebabkan faktor yuran yang dikenakan.

Presiden Persatuan Kebangsaan Institut Pengajian Tinggi Swasta Bumiputera Malaysia (PKIBM), Amir Hamzah Md. Isa berkata, puncanya adalah kedudukan ekonomi rakyat yang dilihat masih belum pulih sepenuhnya daripada pandemik.

“Untuk mengatakan yuran dikenakan mahal secara spesifik, itu bukan isu sebenar. Dari dahulu kadarnya memang begitu dan kami tidak menaikkan yuran.

“Malah selepas pandemik, banyak kolej dan universiti swasta menawarkan biasiswa, insentif selain diskaun untuk menyambung pelajaran,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Berita berkaitan: Kolej swasta resah, hilang pelajar

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kolej UNITI Port Dickson berkata, negara kini dalam proses pemulihan ekonomi, bahkan berdepan isu inflasi yang sekali gus memberi kesan kepada kemasukan pelajar.

“IPTS tidak dibiayai oleh kerajaan, namun pelajar boleh mendapatkan kemudahan pinjaman misalnya daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Pendaftaran dan yuran pengajian boleh dibiayai PTPTN cuma mungkin kos sara hidup dan hendak hantar anak juga memerlukan wang. Faktor itu nampak kecil tetapi memberi kesan,” katanya.

Berita berkaitan: Yuran ‘cekik darah’, sijil tidak laku

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI