fbpx

Wanita selamat kereta terbabas masuk parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan wanita tersebut dan keretanya yang terbabas ke dalam parit di Sekinchan di sini pagi tadi.

SABAK BERNAM – Seorang wanita terselamat selepas kereta Perodua Kancil dipandunya terbabas ke dalam parit sedalam 0.9 meter di Jalan Besar Parit 7, Sekinchan, hari ini.

Mangsa, Siti Hamidah Abu Bakar, 44, diselamatkan orang awam dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai lapan anggota termasuk pegawai bersama jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 9.55 pagi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi selang masa lima minit kemudiannya didapati kereta terbabit berada dalam parit.

“Pemandunya merupakan seorang wanita dikeluarkan orang awam sebelum pihak bomba sampai.

“Mangsa hanya mengalami cedera ringan dan diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI