WASHINGTON – Seorang penerjun udara menjadi sensasi internet apabila video memaparkan dia melakukan senaman sambil tergantung di bahagian tepi pesawat yang sedang terbang dimuat naik ke laman Instagram, lapor stesen penyiaran NDTV, semalam.
Penerjun udara wanita bernama Katie Vasenina itu dipercayai melakukan senaman abdomen secara spontan sebelum melakukan sukan terjun udara.
“Cara paling berkesan untuk melakukan senaman abdomen,” tulis Vasenina pada keterangan video tersebut.
Keberanian Vasenina melakukan senaman dalam situasi yang menakutkan bagi sesetengah orang telah mengundang pelbagai komen netizen.
“Ini kerja gila, saya akan mendapat serangan jantung jika melakukan apa yang anda buat,” tulis seorang pengguna media sosial.
Video tersebut telah berjaya menarik jumlah tontonan sehingga 49.2 juta dan menerima 5.7 juta tanda suka di profil Vasenina. – Agensi