fbpx

Wanita berhabis RM265,000 untuk jadi ‘kembar’ Kim Kardashian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wajah asal Cherri (kiri) dan wajahnya selepas 15 kali melakukan pembedahan plastik (kanan) untuk kelihatan seperti Kim (dalam bulatan). - New York Post

LONDON – Seorang guru wanita di England sanggup berhabis lebih £50,000 (RM264,773) untuk melakukan pembedahan kosmetik agar rupa fizikalnya menyerupai idolanya, Kim Kardashian, lapor akhbar Mirror UK, semalam.

Wanita berketurunan Korea Selatan, Cherri Lee berkata, dia sangat berpuas hati dengan transformasi tubuh badannya selepas pembedahan membesarkan punggung, payu dara dan mengubah raut wajah.

“Kim ialah manusia paling cantik di dunia dan saya sangat mahu kelihatan serupa dengannya.

“Dia ialah inspirasi dan motivasi untuk saya menjalani pembedahan kosmetik agar tampil lebih jelita,” kataCherri.

Tambah Cherri, pembedahan itu sangat berkesan sehingga ahli keluarganya sendiri sukar mengecam dirinya dengan wajah baharu.

Dalam tempoh lapan tahun, Cherri telah menjalani sekitar 15 pembedahan plastik bagi mencapai impian bergelar ‘kembar’ Kim Kardashian.

“Saya bangga dengan apa yang saya lakukan dan satu-satunya sesalan saya adalah tidak melakukan dengan lebih awal.

“Meskipun ramai yang menyangka saya pelacur apabila keluar bersiar-siar, saya tidak benarkan ia mengganggu fikiran,” tegasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI