fbpx

Tudung singkat, Mia Sara terpengaruh rakan sebaya?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENAMPILAN Mia Sara yang semakin berubah dengan memakai tudung singkat dikatakan berpunca kerana terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya.

RAMAI peminat yang risaukan tentang pelakon remaja, Mia Sara. Bukan risau sebab apa, tapi kerana tudungnya yang semakin hari semakin singkat.

Namanya tiba-tiba menjadi topik bualan netizen apabila dituduh mengalami perubahan drastik dari segi penampilan. Semuanya gara-gara terpengaruh dengan rakan sebaya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Mia dalam TikTok miliknya, kelihatan dia membuat kandungan bersama seorang rakan yang hanya memakai baju singlet.

Apa yang menjadi persoalan netizen apabila hijab yang dipakai Mia semakin singkat berbanding sebelum ini.

Maka timbullah pelbagai andaian dan spekulasi apabila mendakwa semuanya berpunca akibat pengaruh rakan sebaya.

“Dah memang berubah. Tengoklah kawan dia macam mana,” kata seorang pengguna TikTok.

“Risaunya Mia terpengaruh dan berubah jadi macam kawan dia tu!” kata seorang lagi peminatnya.

Cuma ada segelintir tidak bersetuju dengan tuduhan tersebut kerana kata mereka, orang lain tidak boleh menghukumi seseorang dari luaran.

Pelakon berusia 16 tahun itu berhak untuk berkawan dengan sesiapa sahaja dan netizen tidak berkuasa mengatur hidupnya.

Diva malas nak komen sebab Mia pun sudah besar panjang. Boleh fikir mana baik dan buruk.

DIVA: Kasihan yang beli tiket konsert Billie Eilish mahal-mahal, tapi nampak penyanyi itu dari jauh macam semut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI