fbpx

Wanita terkejut nikah di Malaysia, tapi tidak sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Alangkah terkejut seorang wanita apabila mengetahui pernikahan dengan suami di negara ini tidak sah selepas merujuk perkara itu di pejabat agama.

Menerusi perkongsian di Facebook, peguam syarie, Suriati Ghani berkata, perkara itu dimaklumkan wanita berkenaan yang menghantar mesej peribadi kepadanya bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut.

“Dia baru tahu pernikahannya tidak sah setelah bertanya di pejabat agama. Pernikahan itu diuruskan oleh suami dan kawan-kawan lelaki tersebut yang bukan orang biasa tetapi agamawan.

“Ia dijalankan di dalam negara, tetapi tanpa kebenaran pejabat agama. Tidak menggunakan wali nasab dan tiada juga lafaz wakil wali antara wali nasab dengan jurunikah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, Suriati menjelaskan, sekiranya wali masih hidup tetapi tidak boleh untuk menikahkan pasangan atas sebab-sebab tertentu, mereka boleh mewakilkan kepada jurunikah sebagai wakil wali untuk dinikahkan.

Jelas beliau, antara sebab tersebut adalah wali tidak yakin untuk menikahkan atau tidak dapat hadir semasa akad nikah disebabkan uzur, berada di lokasi yang jauh atau mempunyai hal mustahak yang perlu diuruskan.

“Wakil itu boleh secara bersemuka dan panggilan. Sebaiknya ada saksi mendengar dan ada lafaz memberi serta menerima wakalah.

“Jika nikah tanpa kebenaran pejabat agama dan dijalankan dalam negara serta bukan wali nikah atau tiada wakil wali, maka pernikahan itu adalah tidak sah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI