fbpx

Teluk Intan lokasi pelancongan berkualiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kai Cheuan (tengah) dan barisan ahli jawatankuasa Festival Teluk Intan pada sidang akhbar di Teluk Intan baru-baru ini. - Foto AIN SAFRE BIDIN

TELUK INTAN – Festival Teluk Intan yang bakal berlangsung selama tiga hari bermula 16 hingga 18 September depan bakal menaikkan imej bandar ini sebagai salah satu lokasi pelancongan menarik dan berkualiti di negara ini.

Pengerusi Persatuan Pelancongan Teluk Intan, Fong Seow Kai Cheuan berkata, bagi tujuan tersebut, pelbagai produk pelancongan tempatan akan ditampilkan menerusi acara-acara menarik yang dirangka khas untuk festival berkenaan.

Jelasnya, antaranya adalah menerusi hidangan yang sinonim dengan Teluk Intan seperti masakan berasaskan udang galah, selain produk tempatan seperti Kopi Cap Arnab dan aktiviti-aktiviti lain.

“Festival ini merupakan salah satu inisiatif ke arah memperhebatkan sektor pelancongan negeri seterusnya memberi nilai tambah kepada Perak,” katanya pada sidang akhbar baru-baru ini.

Pada masa sama, beliau berharap agar penganjuran Festival Teluk Intan dapat meningkatkan jumlah pelancong ke bandar tersebut, sekali gus membantu ekonomi setempat.

Ini kerana, Kai Cheuan berkata, Teluk Intan tidak kurang hebat dan menarik dengan lokasi pelancongan lain kerana terdapat pelbagai tarikan serta aktiviti yang boleh dilakukan oleh pengunjungnya.

“Persatuan Pelancongan Teluk Intan berhasrat menjadikan bandar ini mampu bersaing dengan lokasi-lokasi pelancongan lain, sekali gus menarik pelancong dari dalam dan luar negara.

“Selain itu, kita juga mahu memberi kesedaran kepada golongan muda mengenali Teluk Intan dengan lebih rapat agar pengetahuan tersebut dapat diturunkan kepada generasi akan datang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI