fbpx

Taiwan minta bantuan India hadiri Perhimpunan Agung Interpol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pengarah Polis Negara Turki, Mehmet Aktas menyampaikan bendera Interpol kepada Pengarah Biro Penyiasatan Pusat India, Subodh Kumar Jaiswal pada mesyuarat Perhimpunan Agung INTERPOL ke-89 di Istanbul, Turki pada 25 November 2021. - Agensi Anadolu / Getty Images

TAIPEI – Taiwan  meminta bantuan India agar  dapat menghadiri  Perhimpunan Agung  Polis Antarabangsa (Interpol) susulan  krisis pulau berkenaan dengan China, lapor laman berita  India Today, kelmarin.

Permohonan itu dibuat memandangkan New Delhi akan menjadi lokasi tuan rumah Perhimpunan Agung Interpol Ke-90 pada hujung tahun ini.

Sehingga tahun 1984, Taiwan adalah sebahagian daripada  anggota Perhimpunan Agung Interpol tetapi China telah mengetepikan pulau itu.

China dituduh menggunakan pengaruh dalam Interpol untuk manfaatnya. 

“Taiwan bukan negara anggota Interpol. Kami tidak boleh menghantar delegasi kami ke Perhimpunan Agung. 

“India adalah negara tuan rumah yang mempunyai kuasa untuk menjemput kami. Kami mengharapkan India dan lain-lain menjemput Taiwan sebagai pemerhati,” kata Pesuruhjaya Biro Siasatan Jenayah Taiwan, Huang Chia-lu.

Sementara itu, ketegangan di Selat Taiwan terus meningkat apabila kementerian pertahanan Taiwan menyatakan pada Khamis lalu bahawa lebih 50 pesawat tentera China dikesan beroperasi di sekitar pulau itu.

“Sebanyak enam kapal tentera dan 51 pesawat Tentera Pembebasan Rakyat  China (PLA)  di sekitar wilayah kami dikesan hari ini (Khamis lalu) sehingga pukul 5 petang (waktu tempatan),” kata  kementerian itu dalam satu kenyataan di laman Twitter.

Tentera udara Taiwan juga mempamerkan keupayaan anti-pesawatnya pada Khamis lepas  dan menyatakan bahawa pihaknya bersedia untuk bertindak terhadap sebarang situasi.

Sementara itu, pegawai pertahanan,  Chen Te-huan memberitahu bahawa Taiwan tidak terjejas akibat latihan tentera China.

“Kami tidak gentar kerana latihan tetap kami dilatih untuk bertindak pada bila-bila masa sahaja. Apabila tentera China bertindak, kami sudah bersedia dengan baik,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI