fbpx

Suspek sindiket ah long, rokok seludup direman hingga Selasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rukman (dua dari kiri) menunjukkan wang tunai dan rokok disyaki seludup yang dirampas dari sebuah sindiket pada sidang akhbar di Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Empat lelaki yang disyaki anggota sindiket rokok seludup dan pinjaman tidak berlesen ditahan reman selama tiga hari lagi.

Timbalan Ketua Polis, Datuk Wan Rukman Wan Hassan berkata, tambahan tahanan reman sehingga lusa itu telah diterima dari Mahkamah Majistret di sini hari ini.

“Siasatan lanjut terhadap keempat-empat suspek berusia dalam lingkungan 26 hingga 34 tahun itu akan diteruskan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan 135 (1) (d) Akta Kastam 1967,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan polis berjaya menumpaskan kegiatan sebuah sindiket rokok seludup yang juga bergelar ah long pada Rabu minggu lalu.

Wan Rukman berkata, siasatan awal mendapati anggota sindiket itu yang berasal dari Selangor baru aktif di bandar raya ini sejak beberapa bulan lalu.

Beliau berkata, modus operandi sindiket tersebut ialah memasarkan bekalan rokok disyaki tanpa cukai kepada pengusaha kedai runcit dan peniaga kecil di sekitar bandar raya ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI