fbpx

Sharifah Rose simpati tengok harimau buat ‘show’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELAGAT Sharifah Rose yang menangis kerana melihat nasib seekor harimau di sebuah zoo di Bali melakukan persembahan untuk orang ramai sedangkan habitat haiwan itu sepatutnya di hutan.

SI cantik Sharifah Rose beberapa hari lalu mencuri perhatian ramai apabila menitiskan air mata ketika melihat pertunjukan haiwan di Bali, Indonesia.

Bukan kerana ada kejadian tragis tetapi disebabkan simpati dengan nasib binatang tersebut, dikurung dan perlu membuat persembahan untuk manusia.

“Tersentuh melihat persembahan harimau (tiger show).

“Kasihan, sepatutnya mereka tinggal di lokasi hidupan liar tetapi perlu berada di dalam zoo membuat persembahan,” tulisnya.

Alahai, selalunya menangis kerana perkara lain tetapi kali ini disebabkan harimau.

Mungkin rasa simpati menggunung dalam dirinya sehingga membuatkan dia menangis. Doakan saja harimau tersebut dilayan dengan baik oleh pihak zoo.

DIVA: Ramai marah dengan Meerqeen ketika ini. Kata peminatnya yang kecewa, dia tak sepatutnya melakukan aksi ciuman tersebut dan menjaga batas sebagai seorang Muslim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI