fbpx

Sasar 200 pengikrar derma organ dalam JAKM Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amiruddin (tengah berdiri)melihat pendaftaran seorang wanita menjadi pengikrar derma organ di JAKM Selangor, hari ini.

SHAH ALAM – Seramai 200 pengunjung disasarkan menjadi pengikrar penderma organ sepanjang program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) peringkat Selangor yang berakhir hari ini.

Pegawai Pendidikan Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) Amiruddin Abdul Razak berkata, setakat kira-kira pukul 1 tengah hari tadi telah berjaya mengumpulkan seramai 110 orang yang mengikrar sebagai penderma.

“Kalau ikut pecahan menunjukkan peningkatan iaitu 33 pengikrar pada Jumaat, Sabtu (40) dan 37 orang setakat 1 tengah hari ini.

“Jadi, saya sasarkan untuk dapat 100 lagi orang untuk jadi pengikrar sebelum jelajah di sini habis,” katanya ketika ditemui di khemah Kementerian Kesihatan (KKM) di pekarangan Stadium Shah Alam, hari ini.

Beliau menyatakan kesedaran menderma organ di kalangan rakyat negeri ini semakin meningkat menerusi pelbagai program serta kempen yang dijalankan JKNS.

Tambah Amiruddin, penjelasan beberapa ilmuwan agama mengenai hukum syarak turut menyumbang kepada peningkatan jumlah pengikrar.

“Kami tidak sewenang-wenangnya akan ambil organ penderma walaupun mereka sudah berikrar.

“Kalau keluarga penderma tidak benarkan pegawai perubatan ambil organ penderma, pegawai perubatan itu tidak akan ambil,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI