fbpx

Pensijilan halal: Tiada keperluan penyelarasan antara Jakim dan PBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris melihat barangan yang diniagakan dalam Jualan Bergerak Bantu Rakyat Parlimen Bukit Gantang di Markas Sungai Tinggi, Trong hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS

BUKIT GANTANG – Tiada keperluan pada masa ini untuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuat penyelarasan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mempermudahkan premis menjual makanan termasuk perusahaan mikro dan kecil (PMK) mendapat persijilan halal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad berkata, proses pensijilan halal pada masa ini bersifat mudah jika permohonannya mematuhi kriteria dan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Kita khuatir sekiranya penyelarasan ini bakal membuka ruang untuk terjadinya ketidakpatuhan terhadap garis panduan yang sedia ada.

“Kita tidak bagi semudah itu pensijilan halal walau pun pengusahanya beragama islam kerana untuk mengeluarkan sijil halal ini mesti kena ikut sop yang telah ditentukan termasuk dari aspek kebersihan merupakan salah satu daripada kriterianya.

“Sekiranya semuanya dipatuhi sesuai dengan kehendak sopnya ,ianya adalah mudah dan mengambil masa yang singkat,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Program Jualan Amal di Markas Pas Sungai Tinggi Trong di sini hari ini.

Beliau mengulas hal tersebut setelah Dewan Perniagaan Melayu Malaysia menyarankan agar ada penyelarasan antara Jakim dan PBT dalam usaha memperkasakan ekonomi halal melalui Dasar Halal Negara yang akan dimasukkan ke dalam baget 2023 pada Oktober nanti.

Terdahulu, tular di media sosial isu mengenai dua buah premis menjual nasi ayam dan nasi itik di Pulau Pinang yang tidak mempunyai sijil halal.

Kata Idris, sekiranya permohonan untuk mendapatkan sijil halal lengkap serta mematuhi SOP yang dikehendaki, Jakim akan memprosesnya secepat mungkin dan hanya mengambil masa sekitar 17 hari sahaja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI