fbpx

Mentor bantu Nana Mahazan bersedia hadapi krisis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NANA menerusi jenama, Nana Mahazan Beauty berjaya meraih jualan RM1 juta dalam enam bulan dengan bimbingan RichWorks.

KUALA LUMPUR – Mempunyai mentor menjadikan bangsa usahawan lebih bersedia untuk melalui zaman krisis ekonomi dan kenaikan harga barang yang kini berlaku di seluruh dunia.

Menurut usahawan selebriti terkenal, Nana Mahazan, berada dalam program pementoran Titanium kendalian RichWorks memberinya kelebihan dalam berdepan dengan ketidaktentuan tersebut.

“Minda kita lebih bersedia dan sentiasa dapat peringatan awal daripada Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

“Bersedia membuatkan kita lebih tenang dan bila kita tenang, kita menang,” jelas pengasas Nana Mahazan Beauty itu.

Nana atau nama penuhnya, Nurul Hana Che Mahazan turut berkongsi pencapaian meraih RM1 juta pertama dalam tempoh enam bulan setelah mendapat bimbingan melalui program pementoran Spire.

“Sebelum ini saya rasa tak logik dapat capai RM1 juta dalam tempoh singkat, selama ini saya beranggapan mungkin ambil masa beberapa tahun.

“Daripada jualan sekitar RM200,000 pada 2020, ia meningkat berganda dan pada tahun lalu kami meraih RM2 juta,” katanya.

Tambah anak kelahiran Muar itu, pencapaian tertinggi baginya ialah apabila insan lain yang bersama syarikat turut berjaya mencapai impian mereka.

“Selain peningkatan pendapatan, mereka dapat ubah diri daripada kurang positif jadi lebih baik, sekarang mereka lebih gembira bersama Nana Mahazan Beauty.

“Ada yang sebelum ini tak dapat beli barang kemas kini dapat beli, suri rumah dapat belikan hadiah dan bantu ekonomi suami,” ujarnya.

Bagi yang berminat untuk menjana pendapatan dan maklumat lanjut produk, anda boleh layari laman sesawang www.nanamahazan.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI