fbpx

Liga Premier : Terengganu FC II ikat The Red Warriors 2-2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Kelantan FC cuba merampas bola daripada kawalan pertahanan TFC II pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi.

KOTA BHARU – Kelantan FC hanya mampu meraih satu mata apabila sekadar seri 2-2 dengan Terengganu FC II (TFC II) dalam aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan memulakan perlawanan dengan intensiti tinggi untuk mencari gol pertama perlawanan sebelum TFC II dikejutkan oleh gol pembukaan pasukan tuan rumah seawal minit kelima melalui jaringan ayam tambatan The Red Warriors (TRW), Nurshamil Abd. Ghani.

Kelantan FC terus melakukan asakan ke gawang lawan sebelum memperoleh gol kedua hasil jaringan pemain tengah, Dzulfahmi Abdul Hadi pada minit ke-13.

TFC II berjaya merapatkan jurang gol pada minit ke-33 apabila Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali menanduk masuk bola ke gawang tuan rumah untuk menyempurnakan sepakan percuma diambil Amirul Syazwan Nor Azmi.

Gol tersebut memberi suntikan semangat buat pasukan pelawat yang semakin garang menggempur kubu TRW.

Skuad TFC II berjaya menjaringkan gol penyamaan rembatan jarak jauh Wan Mohamad Fazli pada minit ke-39 sebelum keputusan 2-2 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki perlawanan babak kedua, Kelantan FC terpaksa memggandakan usaha mereka untuk mencari kembali kelebihan gol.

Kedua-dua pasukan mengerah segala keringat untuk mencari gol kemenangan, namun keputusan seri 2-2 kekal sehingga ke tiupan wisel penamat perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan Kelantan FC terus menerajui takhta Liga Premier manakala TFC II berada di tangga ketiga liga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI