fbpx

Kylian Mbappe undang lebih ramai musuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE (tengah) mengeluarkan kenyataan memperlekeh bola sepak di Amerika Selatan yang akan mengeruhkan hubungannya bersama Neymar dan Messi. – AFP

PARIS – Bintang Perancis, Kylian Mbappe seakan mengeruhkan lagi hubungannya dengan Neymar dan mencipta musuh baharu, Lionel Messi selepas mendakwa bola sepak di Amerika Selatan terlalu lemah serta ketinggalan berbanding di Eropah.

Kenyataan itu pastinya mening­katkan lagi ketegangan dalam bilik persalinan Paris Saint-Germain, malah tindakan Mbappe juga turut mendapat perhatian pengendali skuad kebangsaan Brazil, Tite.

“Argentina dan Brazil tidak mencapai tahap kompetitif di pertandingan Amerika Selatan. Bola sepak di sana tidak membangun seperti di Eropah.

“Semua itu menjadi sebab kenapa kejuaraan Piala Dunia sejak kebelakangan ini menjadi milik negara-negara dari Eropah,” kata Mbappe.

Penyerang muda Perancis itu sebelum ini didakwa akan memainkan peranan besar dalam PSG dan dikatakan kelebihan itu diberikan sebagai sebahagian daripada syarat ketika proses lanjutan kontrak untuk terus kekal bersama juara Ligue 1 ber­kenaan bagi tempoh tiga tahun lagi.

Hubungan Mbappe dan Neymar sebelum ini sudah tegang dan kemuncaknya berlaku ketika bintang Brazil itu enggan memberi peluang kepada Mbappe menyempurnakan sepakan penalti ketika menewaskan Montpellier 5-2 Ahad lalu.

“Mungkin Mbappe bercakap tentang Liga Negara-Negara Eropah ataupun persahabatan negara Eropah. Pusingan kelayakan di sini (Amerika Selatan) adalah lebih sukar berbanding peringkat kumpulan di Eropah,” tegas Tite.

Sementara itu, pemain kebangsaan Argentina dan Inter Milan, Lautaro Martinez menyifatkan komen Mbappe itu adalah tidak adil kerana terlalu ramai bintang dari Amerika Selatan sedang beraksi di Eropah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI