fbpx

‘Macam berniaga di Mekah, Pas minta tiga kita bagi lima’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (tengah) pada sidang akhbar selepas Majlis Perjumpaan Jentera Pilihanraya Barisan Nasional Negeri Melaka di MITC, hari ini. FOTO RASUL AZLI SAMAD

MELAKA – UMNO menegaskan pihaknya tidak pernah meninggalkan Pas, malah menawarkan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atas dasar semangat Muafakat Nasional (MN) namun ditolak oleh parti itu atas kepentingan untuk bersama gabungan lain.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, UMNO secara terang-terangan tidak pernah meninggalkan parti tersebut sebaliknya ditinggalkan ketika menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor pada tahun lalu.

Menurut beliau, ramalan Pas mengenai kekalahan Barisan Nasional (BN) sekiranya bergerak solo pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) juga tidak akan menggugat pendirian parti.

“Kami tak tinggalkan sesiapa, kami tidak tinggalkan MN, mereka yang tinggalkan MN. Ketika kami hendak bersama di Melaka, dia minta tiga (kerusi DUN) kami bagi lima. Macam berniaga di Mekah la kan? Beli tiga dapat dua percuma.

“Dia (Pas) kata kita di Melaka cuma boleh menang 11 kerusi, itu sebabnya dia tak mahu bersama dengan kita. Dia bersama dengan teman baharu dan akhirnya kita menang dua pertiga,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena lawatan meninjau persiapan BN Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambah beliau, MN juga hanya sebuah piagam dan tidak mengikat mana-mana parti dalam memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan Islam.

Dalam pada itu, Mohamad memaklumkan bahawa ramalan BN masih belum bersedia untuk menghadapi PRU-15 sekiranya Dewan Rakyat dibubarkan ketika ini hanyalah spekulasi dibuat oleh ‘peramal politik’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI