fbpx

EPL: Thomas Tuchel dibenar turun hadapi Leeds United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUCHEL dibenarkan berada bersama pasukannya ketika Chelsea turun menentang Leeds biarpun dikenakan kad merah sebelum ini. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel dibenarkan untuk berada dalam kawasan teknikal pasukan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Leeds United di Elland Road malam ini.

Meskipun Persatuan Bola Sepak (FA) England sudah menjatuhkan hukuman gantung satu perlawanan ke atas pengendali dari Jerman itu, namun ia ditangguh sementara kerana beliau masih belum menerima surat bertulis.

Justeru, Jawatankuasa Peraturan membenarkan Tuchel untuk mengemudi pasukannya menentang Leeds biarpun hukuman sudah dijatuhkan termasuk mengenakan denda £35,000 (RM185,328) gara-gara insiden di Stamford Bridge sebelum ini.

“Jawatankuasa Peraturan bebas hari ini (kelmarin) sudah mengarahkan Tuchel untuk membayar £35,000 selain digantung satu perlawanan, manakala Antonio Conte perlu membayar £15,000 (RM79,426) kerana me­langgar Peraturan E3 FA.

“Hukuman ini masih boleh dibuat rayuan sementara penggantungan satu perlawanan ke atas Tuchel ditangguh kerana Jawatankuasa Peraturan masih belum menghantar sebab bertulis berhubung keputusan tersebut,” kata FA menerusi satu kenyataan.

Sementara itu, Tuchel mengesahkan The Blues akan turun tanpa khidmat tiga pemain tonggak, iaitu N’Golo Kante, Mateo Kovacic dan Armando Broja selepas masing-masing mengalami kecederaan.

“Mengenai Kante, kami mungkin tidak menggunakan khidmatnya selama beberapa ming­gu kerana kecederaan dialami agak serius. Armando pula terpaksa diketepikan beberapa hari, manakala Mateo masih berdepan masalah lutut,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI