fbpx

EPL: David Moyes bimbang tekanan dihadapi Gianluca Scamacca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SCAMACCA

LONDON – Pengurus West Ham United, David Moyes mengakui masih terlalu awal untuk mele­takkan sandaran sepenuhnya ke atas penyerang baharu, Gianluca Scamacca dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

The Hammers berdepan tugas sukar apabila perlu melayan kunjungan Brighton di Stadium London malam ini, terutamanya selepas aksi cemerlang yang ditampilkan skuad kendalian Graham Potter itu termasuk menewaskan Manchester United 2-1.

Justeru, Moyes sedia memberikan lebih banyak masa kepada penyerang Itali itu, lebih-lebih lagi aksi menentang Brighton akan menjadi perlawanan pertama buatnya dalam kesebelasan utama musim ini.

“Saya fikir masanya akan tiba untuk dia (Scamacca) berikan impak kepada pasukan. Jika kita semua mahu hukum dia dalam masa terdekat, ia menjadi suatu yang tidak adil kerana dia masih lagi sedang menyesuaikan diri dengan suasana baharu.

“Apa yang pasti, dia akan lakukan yang terbaik untuk pastikan dia mampu mengulangi pencapaian sama ketika bersama bekas pasukannya. Saya percaya dengan kemampuan yang dimiliki Scamacca,” katanya.

Sementara itu, beliau enggan mengulas lanjut berhubung percubaan West Ham untuk mendapatkan khidmat bek kiri Chelsea, Emerson Palmieri kerana ia masih dalam perbincangan.

“Saya tidak mahu bercakap mengenai pemain pasukan lain sehingga mereka menyertai pa­sukan ini. Memang benar saya mahu dapatkan seorang lagi bek kiri bagi membantu Cressy (Aaron Cresswell),” ujar Moyes.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI