fbpx

Cukuplah hiburan lalai, kembali kepada Tuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris meluahkan kekecewaan terhadap acara berlangsung lewat Khamis lalu itu yang dianggap sebagai malam Jumaat bagi umat Islam.

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menegur keterujaan belia negara ini dengan persembahan konsert hiburan oleh artis popular.

Menerusi hantaran dalam laman sosialnya, beliau turut meluahkan kekecewaan terhadap acara berlangsung lewat Khamis lalu itu yang dianggap sebagai malam Jumaat bagi umat Islam.

“Cukup-cukuplah hiburan melalaikan. Insafi dan renungi musibah wabak Covid-19. Kembalilah kita semua kepada Tuhan,” jelasnya yang berkongsi kemarahan masyarakat Islam negara ini.

Meskipun tidak dinyatakan secara spesifik, beliau dipercayai merujuk persembahan julung kali bintang pop indie wanita dari Amerika Syarikat, Billie Eilish di ibu negara pada 18 Ogos lalu.

Lebih aib, sejumlah 10 konsert bersiri penyanyi antarabangsa temasuklah Justin Bieber bakal dibuat secara berturutan di beberapa lokasi tertentu seluruh Malaysia sehingga akhir tahun.

Terdahulu, Idris yang juga Naib Presiden Pas menerusi hantaran awal di akaun Facebooknya menegaskan pendirian bahawa konsert sedemikian itu sebagai merosakkan akidah dan tidak perlu dilakukan.

Malaysia ujarnya, baru sahaja dilanda wabak dan belum pulih sepenuhnya, tetapi jika hiburan tanpa batasan ini menjadi budaya, rakyat akan melihat pembinaan generasi yang pincang.

“Kita bukan anti kepada hiburan namun tidak bersetuju dengan penganjurannya yang boleh undang masalah sosial dalam masyarakat,” nukilnya yang tular disokong ribuan pengguna media sosial.

Dalam nada nasihat, beliau memperingatkan generasi muda khususnya remaja Islam bahawa mereka menjadi harapan negara serta wajar berpendirian dalam menjaga akidah dan iman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI