fbpx

Sumbat sembilan PATI dalam Naza Citra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian PATI dan dua warga tempatan yang ditahan semalam.

PETALING JAYA – Polis mematahkan cubaan dua warga tempatan membawa sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Jalan SS2/67 di sini semalam.

Tangkapan pada pukul 11.20 pagi itu dilakukan semasa polis melakukan rondaan di Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, pihaknya mengesan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Naza Citra yang mempunyai Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh di Kilometer (KM) 2, Plaza Tol Penchala dan mengarahkannya untuk berhenti.

Bagaimanapun, katanya, pemandu MPV enggan dan memecut kenderaan sehingga ke Jalan SS2/67 sebelum kenderaan tersebut berhenti akibat berlanggar dua buah kenderaan orang awam.

“Pemandu dan penumpang hadapan melarikan diri, namun dapat ditahan di hadapan bangunan berhampiran.

“Pemeriksaan menemui lapan lelaki dan seorang wanita berusia 22 hingga 43 tahun disyaki PATI kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Fakhruddin berkata, kesemua tangkapan termasuk pemandu dan penumpang hadapan berusia 36 dan 31 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.

Turut dirampas MPV Naza Citra, tiga buah telefon bimbit, wang tunai RM500 dan beg pakaian.

“Siasatan awal mendapati kesemua imigran dibawa masuk ke Malaysia untuk bekerja di kilang sekitar Damansara, Petaling Jaya dan tidak boleh berbahasa Inggeris atau Melayu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI