fbpx

Cuaca buruk di 10 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramalkan melanda 10 negeri termasuk Sabah dan Sarawak petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga malam ini.

“Ia melibatkan keseluruhan Perlis, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur termasuk beberapa kawasan di Kedah iaitu Langkawi dan Kubang Pasu.

“Di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai, manakala di Terengganu membabitkan Besut dan Dungun,” katanya.

Bagi Pahang pula, hujan lebat diramalkan membadai Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin.

Turut terlibat iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor sementara di Johor, hujan lebat hanya tertumpu di Segamat.

“Amaran sama turut dikeluarkan di Sabah Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat, manakala di Sarawak hanya melibatkan Limbang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI