fbpx

Bagnaia kuasai perlumbaan GP Austria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi Francesco Bagnaia meraikan kemenangan sebaik sahaja melintasi garisan penamat pada Grand Prix (GP) Austria di Litar Red Bull Ring,

SPIELBERG – Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia mengekalkan aksi konsisten bagi mencatat kemenangan ketiga berturut-turut pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini selepas menguasai Grand Prix (GP) Austria di Litar Red Bull Ring hari ini.

Bermula di petak kedua, pelumba Itali itu memulakan saingan dengan cukup garang apabila memintas Enea Bastianini dari pasukan Gresini Racing sebelum memimpin sepenuhnya perlumbaan tersebut.

Meksipun menerima tekanan daripada pelumba Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo pada dua pusingan terakhir, namun Bagnaia kekal tenang sebelum melintasi garisan penamat sebagai pemenang.

“Saya rasakan perlumbaan hari ini sangat panjang dan sukar tetapi saya gembira kerana dapat tamatkan saingan sebagai pemenang. Kami buat banyak silap pada awal tahun tetapi ia sudah semakin baik.

“Kami sudah lakukan tugas yang sangat baik sepanjang minggu ini. Pasukan sudah lakukan yang terbaik di sini, jadi fokus kami selepas ini adalah untuk buat persediaan ke arah perlumbaan di Misano,” kata Bagnaia sejurus tamat perlumbaan.

Mengiringi Bagnaia di atas podium adalah Quartararo yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua selepas menampilkan tunggangan cukup mantap diikuti seorang lagi pelumba Ducati, Jack Miller.

Selepas ini, perebutan kejuaraan dunia bagi saingan MotoGP akan diteruskan pada GP San Marino di Litar Misano yang dijadualkan berlangsung 2 hingga 4 September depan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI