fbpx

Anak perempuan sahabat karib Putin terbunuh dalam letupan bom kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dugina meninggal dunia di tempat kejadian selepas bahan letupan yang diletakkan di dalam kenderaan pacuan empat roda Toyota Land Cruiser meletup di jalan awam. - CNN

MOSCOW – Pihak berkuasa Russia menyatakan hari ini bahawa mereka telah membuka siasatan kes pembunuhan selepas anak perempuan ahli falsafah ultranasionalis, Alexander Dugin terbunuh dalam letupan bom kereta di pinggir Moscow, lapor stesen penyiaran CNN.

Dugin merupakan sahabat karib kepada Presiden Vladimir Putin. Jawatankuasa Siasatan Russia berkata, pihaknya percaya seseorang merancang dan mengarahkan letupan bom kereta yang membunuh Darya Dugina, berdasarkan bahan bukti yang dikumpulkan daripada letupan tersebut.

“Berdasarkan data yang telah diperoleh, pasukan penyiasat percaya jenayah itu dirancang dan telah diarahkan,” kata jawatankuasa berkenaan dalam satu kenyataan hari ini.

Dugina meninggal dunia di tempat kejadian selepas bahan letupan yang diletakkan di dalam kenderaan pacuan empat roda Toyota Land Cruiser meletup di jalan awam, manakala kenderaan mangsa terbakar sekitar pukul 9 malam (waktu tempatan) dekat Kampung Bolshiye Vyazemy, demikian menurut siaran akhbar Jawatankuasa Siasatan Russia.

Bapa Dugina merupakan pengarang dan ahli ideologi Russia. Beliau juga adalah ‘pembimbing kerohanian’ kepada pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

Dugin dipercayai mempunyai pengaruh yang besar terhadap Presiden Rusia itu dan dianggap sebagai ‘Otak Putin’ oleh majalah Foreign Affairs. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI