fbpx

Untungnya Fazura, berkawan baik dengan Ahmad Dhani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI spontan Fazura ketika ditarik naik ke pentas bagi menyanyikan lagu Dewa 19 baru-baru ini.

SIAPA yang tidak teruja apabila berpeluang menyanyi di atas satu pentas dengan kumpulan popular Indonesia iaitu Dewa 19.

Mungkin itu yang dirasai pelakon terkenal, Fazura apabila ‘ditarik’ oleh vokalis kumpulan tersebut, Ahmad Dhani bagi menyanyikan lagu Sedang Ingin Bercinta di sebuah acara di Indonesia baru-baru ini.

Dalam video yang dikongsinya dalam Instagram, Fazura terkejut ketika diminta menyanyikan lagu tersebut, namun tetap memenuhi permintaan Ahmad Dhnai sebelum berlalu pergi meninggalkan pentas.

Disebabkan video tersebut, ramai yang ‘cemburu’ dengan hubungan baik antara Ahmad Dhani dengan pelakon filem Gol & Gincu itu.

“Terbaik Fazura, beruntung dapat naik pentas dan menyanyi bersama Ahmad Dhani,” kata pengikut Instagramnya.

“Dia yang nyanyi, kita pula yang meremang. Seronoknya jadi Fazura,” komen seorang lagi netizen.

Sebelum ini, Fazura juga mengumumkan bahawa Ahmad Dhani merupakan salah seorang penyanyi yang akan membuat persembahan di Faztival Fazura pada 11 September depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI