fbpx

Tabiat buang air kecil semasa mandi tingkat risiko kerap terkucil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Buang air kecil semasa mandi akan mengganggu signal tubuh kepada otak. - YouTube

BOSTON – Seorang pakar urologi di Amerika Syarikat (AS) memberi amaran bahawa amalan membuang air kecil ketika mandi boleh mengakibatkan individu berdepan masalah terkucil, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Pakar tersebut, Dr. Alicia Jeffrey-Thomas membuat penjelasan mengenainya dalam satu klip  video di laman TikTok yang menjadi tular.

“Tabiat membuang air kecil semasa  mandi akan memulakan stimulasi ‘palsu’ pada otak bahawa kita perlu kencing sedangkan pundi kencing belum penuh.

“Ini akan menyebabkan kita mengalami masalah terkucil kerana kekeliruan antara isyarat bahawa kita perlu mengosongkan pundi apabila berada dalam situasi berair seperti ketika mandi,” kata Jeffery-Thomas.

Ia boleh menyebabkan seseorang terkucil semasa berada dekat dengan mesin dispenser air atau kedai cuci kereta, contohnya.

Pakar itu juga sebelum ini diberi amaran bahawa anda tidak boleh pergi ke tandas untuk memaksa diri membuang air kecil.

Beliau memberitahu terdapat tiga tahap yang ada pada setiap individu mengenai tahap keperluan untuk ke tandas dan membuang air kecil.

Jeffrey-Thomas berkata jika kita pergi ke tandas hanya sekadar untuk berjaga-jaga, pundi kencing biasanya berada di antara tahap pertama iaitu tidak penuh dan kedua iaitu separa penuh.

“Jika anda kerap membuang air kecil sebelum pundi kencing separuh penuh, ia belajar untuk memberi isyarat keperluan ke tandas walaupun kurang isipadu yang sepatutnya,” jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI