fbpx

‘Selesai hantar dekat rumah baharu anak syurga kami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG – “Alhamdulillah, selesai hantar dekat rumah baharu anak syurga kami,” luah Mohd. Amiruddin Tumijan di Facebook selepas kehilangan anak bongsunya, Putra Adam Amsyar Muhammad Amiruddin yang berusia empat bulan.

Putra Adam Amsyar dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas selepas mukanya tertutup dengan kain lampin ketika berada di dalam buaian di rumah pengasuhnya dekat kondominium sekitar Taman Cempaka pada Khamis lalu.

Difahamkan, Putra Adam Amsyar telah dihantar ke rumah pengasuh terbabit sejak dua bulan lalu sementara ibu bapanya keluar bekerja.

Mohd. Amiruddin menerusi Facebook juga berterima kasih kepada semua pihak yang hadir serta mendoakan mereka sejurus selesai urusan pengebumian anaknya.

“Alhamdulillah, selesai hantar dekat rumah baharu anak syurga kami. terima kasih pada yang hadir. Terima kasih yang mendoakan. Terima kasih pada yang menghulur tangan, terima kasih pada semua. Anak syurga kami telah selamat dikebumikan. Alhamdulillah.

“Adam, tunggu mummy dengan daddy dekat sana ya, terima kasih pernah menyerikan hidup kami walaupun untuk beberapa bulan. Allah lebih sayang Adam. Terima kasih sayang,” luahnya.

Menurutnya, anak bongsunya itu menghidap masalah Gerd sejak lahir dan masih menerima rawatan pakar di Hospital Sungai Buloh.

“Selain anak kami, pengasuh terbabit juga ada menjaga anak orang lain,” katanya yang mempunyai dua lagi anak perempuan.

Kosmo! pada Jumaat lalu melaporkan, seorang bayi lelaki berusia empat bulan maut kerana mengalami sesak nafas selepas didakwa tertutup lampin ketika dalam buaian di rumah pengasuh sekitar Jalan Cempaka.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 6.30 petang ketika bayi lelaki itu ditinggalkan di bawah jagaan pengasuh wanita warga Indonesia berkenaan.

“Siasatan mendapati mangsa telah dibawa ke Hospital Ampang dalam keadaan tidak bernyawa.

“Bantuan kecemasan diberikan tetapi pesakit menunjukkan tanda-tanda kematian yang sudah lama sebelum disahkan mati pada pukul 6.35 petang,” katanya.

Susulan itu, polis telah menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 26 tahun yang merupakan pengasuh bayi terbabit di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI