fbpx

Ribut petir, hujan lebat landa 11 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di 11 negeri sehingga pukul 4 petang nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh Pulau Pinang dan Johor manakala beberapa kawasan di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak serta Sabah.

“Di Kedah melibatkan kawasan Kulim, manakala di Perak pula di kawasan Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

“Antara kawasan terjejas di Terengganu di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang sementara di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Pekan dan Rompin,” katanya di sini hari ini.

Tambah MetMalaysia, cuaca tidak menentu di Selangor di kawasan Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Gombak.

“Bagi Negeri Sembilan di kawasan Jelebu, Jempol dan Tampin) manakala di Melaka hanya di Jasin.

“Di negeri Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman (Sri Aman) manakala di Sabah di Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat,” jelasnya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI