fbpx

Mayat warga emas ditemui di Tasik Perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat wanita warga emas yang ditemui di Tasik Perdana pagi tadi./ FOTO IHSAN BOMBA KL.

KUALA LUMPUR – Gempar apabila mayat seorang wanita warga emas ditemui di Tasik Perdana, Taman Botani di sini pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 9.39 pagi.

“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah bersama sebuah jentera telah ditugaskan ke lokasi kejadian.

“Mayat wanita warga emas berusia 68 tahun itu ditemui dengan anggaran jarak tiga meter dari tebing tasik berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, mayat mangsa telah berjaya dinaikkan pada pukul 10.12 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan mayat wanita terbabit diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI