fbpx

KL, Selangor, Kelantan antara 11 negeri dilanda ribut petir, hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di 11 negeri sehingga pukul 7 malam nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Kelantan manakala beberapa kawasan di Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak serta Sabah.

“Di Perak melibatkan kawasan Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim manakala di Terengganu pula di kawasan Besut.

“Di Pahang pula antara kawasan terjejas di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin manakala di Negeri Sembilan di kawasan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, bagi Johor pula, cuaca tidak menentu di kawasan Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

“Bagi Sarawak melibatkan kawasan Mukah (Dalat dan Mukah) dan Bintulu, sementara di Sabah di kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan),” jelasnya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI