fbpx

Gadis autism dibawa lari lelaki Rohingya ke Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Seorang gadis autism yang dilaporkan hilang di Kulai, Johor pada Sabtu lalu sebelum ditemui di Kampung Sat, Tanah Merah dekat sini kelmarin dipercayai dibawa lari seorang guru al-Quran yang juga merupakan lelaki etnik Rohingya.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mengikut laporan gadis berusia 16 tahun itu juga berada bersama suspek sepanjang tempoh kehilangannya.

Menurutnya, siasatan mendapati, suspek berusia 23 tahun dan polis sedang membuat semakan mengenai kesahihan dakwaan yang mengatakan lelaki itu merupakan guru al-Quran.

“Polis sebelum ini menerima maklumat daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai mengenai kes orang hilang. JSJ IPD Tanah Merah telah membuat serbuan di Kampung Sat berpandukan kedudukan mangsa yang sempat menghantar lokasinya melalui telefon bimbit kepada ahli keluarga.

“Polis telah menyelamatkan mangsa kira-kira pukul 2.30 petang kelmarin dan gadis itu dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhamad Zaki, mengikut keterangan mangsa, suspek yang dikenali melalui aplikasi WhatsApp membawanya menaiki bas dari Skudai, Johor Bahru ke Tanah Merah kira-kira pukul 9.30 malam pada Sabtu lalu.

Tambahnya, lelaki Rohingya itu kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, kebimbangan sebuah keluarga yang kehilangan anak perempuan mereka di Kulai sejak Sabtu lalu berakhir apabila remaja itu ditemui selamat di Tanah Merah dekat sini kelmarin.

Keluarga mangsa mendakwa, gadis iru dikatakan tidak diberi makan secukupnya sepanjang tempoh itu selepas dibawa seseorang individu yang mereka tidak kenali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI