fbpx

EPL: Chelsea sasar bawa Aubameyang ke London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AUBAMEYANG kini diburu oleh Chelsea yang memerlukan seorang pemain di posisi serangan selepas kehilangan Lukaku dan Werner. – AFP

LONDON – Chelsea dilaporkan sedia untuk membayar seba­nyak £22 juta (RM117.41 juta) mendapatkan khidmat penyerang Barcelona, Pierre-Emerick Aubameyang sebelum tempoh perpindahan pemain ditutup.

Nama penyerang antara­bangsa Gabon itu menjadi sebutan pasukan yang berpangkalan di barat London itu apabila pe­ngurusnya, Thomas Tuchel dikatakan mahu kembali bekerja­sama dengan Aubameyang.

Tuchel sangat mengenali Aubameyang apabila kedua-dua mereka sebelum ini pernah menyertai Borussia Dortmund dan pengurus dari Jerman itu me­ng­akui sangat mengenali dan memahami cara permainan pemain berkenaan.

Chelsea sebelum ini melepaskan penyerang mereka, Romelu Lukaku untuk menyertai Inter Milan secara pinjaman semen­tara Timo Werner pula kembali ke RB Leipzig menyebabkan mereka kekurangan pemain penyerang.

Menurut laporan di Sepa­nyol, tawaran yang diberikan oleh Chelsea itu sudah menyamai kehendak yang diinginkan oleh Barcelona ketika mereka hanya mendapatkan khidmat Aubameyang tanpa sebarang bayaran selepas dia dilepaskan oleh Arsenal.

Chelsea pada mulanya menawarkan sebanyak £12 juta (RM64.04 juta) untuk mendapatkan Aubameyang, tetapi me­ningkatkan tawaran berkenaan selepas menyedari bahawa Man­chester United juga turut mengintai peluang mendapatkan pemain berkenaan.

Xavi dikatakan keberatan untuk melepaskan penyerang berkenaan yang sudah meledak 11 gol dalam 17 perlawanan La Liga musim lalu, namun kehadiran Robert Lewandowski mungkin menyebabkan dia terpaksa membenar Aubameyang berhijrah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN