fbpx

Bastianini sambar petak hadapan GP Austria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enea Bastianini melakukan catatan masa terpantas 1:28.772 saat untuk menyambar petak hadapan pada sesi kelayakan Grand Prix (GP) Austria di Litar Red Bull Ring hari ini.

SPIELBERG – Pelumba pasukan Gresini Racing, Enea Bastianini terus menampilkan aksi konsisten dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini apabila menyambar petak hadapan pada sesi kelayakan Grand Prix (GP) Austria sebentar tadi.

Pada saingan yang berlangsung di Litar Red Bull Ring itu, pelumba kelahiran Itali itu melakukan catatan masa terpantas 1:28.772 saat (s), sekali gus menjadi petak hadapan pertamanya bagi kempen 2022.

Meskipun bermula agak perlahan pada sesi kelayakan hari ini, namun bekas juara dunia Moto2 itu mengakui gembira apabila dapat mengembalikan rentak tunggangan ketika saingan hampir tamat.

“Saya pernah dapat banyak petak hadapan (Moto2) sebelum ini, namun untuk saingan MotoGP, ini adalah yang pertama dan saya sangat gembira kerana penantian sudah berakhir.

“Kami bermula agak perlahan hari ini tetapi sedikit lega kerana berjaya dapatkan semula prestasi terbaik di penghujung saingan. Perlumbaan esok pasti menarik kerana saya perlu bersaing dengan pelumba-pelumba terbaik,” katanya sejurus tamat sesi kelayakan.

Sementara itu, Ducati turut menunjukkan penguasaan pada sesi kelayakan tersebut apabila dua pelumbanya, Francesco Bagnaia dan Jack Miller akan memulakan perlumbaan esok di petak kedua dan ketiga.

Pendahulu kejuaraan dunia dari pasukan Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo sekadar berpuas hati untuk bermula di petak kelima esok apabila melakukan catatan masa 1:29.003s.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI