fbpx

EPL: Arsenal tekad pertahan rekod bersih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENTERA serangan Arsenal ketika ini cukup ampuh apabila meledak enam gol dalam dua perlawanan setakat ini. – AFP

LONDON – Arsenal dijangka tidak berdepan sebarang masalah untuk mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus daripada tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berturut-turut setakat ini.

Berdasarkan prestasi semasa, The Gunners sepatutnya ber­upaya membawa tiga pulang apabila bertandang ke Stadium Dean Court menentang pasukan yang baru dinaikkan pangkat, Bournemouth awal pagi esok.

Perkara itu turut diakui pe­ngendali Bournemouth, Scott Parker yang merasakan anak-anak buahnya bakal berdepan dengan serangan bertali arus daripada Arsenal menerusi penyerang utamanya, Gabriel Jesus.

“Saya memandang serius kemampuan Arsenal tahun ini. Apa yang dilakukan oleh (pengurus Arsenal) Mikel (Arteta) dalam tempoh yang singkat ini adalah sesuatu yang mengagumkan.

“Arsenal musim lalu hampir-hampir untuk meraih tempat keempat. Namun, dengan keha­diran pembelian-pembelian baharu musim ini, anda sendiri dapat melihat bagaimana pe­ningkatan mereka.

“Cabaran besar bakal menanti kami hujung minggu ini, namun ia tidak bermakna kami menyerah kalah, sebaliknya bersedia untuk memberikan tentangan sebaik mungkin,” kata Parker.

Arsenal dan Manchester City adalah dua pasukan yang masih berjaya mencatat dua kemenangan daripada dua aksi EPL selepas The Gunners menewaskan Crystal Palace 2-0 dan 4-2 ke atas Leicester City.

Bournemouth pula membuka kempen EPL dengan langkah kanan menerusi kemenangan 2-0 ke atas Aston Villa sebelum dibelasah City 0-4 minggu lalu. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI