fbpx

Anthony Joshua azam mahu tebus kekalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOSHUA tewas pada aksi pertama tahun lalu dan bersedia menebus dendam ke atas Usyk pada pertarungan malam ini. – AFP

JEDDAH – Petinju sensasi dari England, Anthony Joshua me­ng­akui pertarungan perebutan gelaran heavyweight menentang Oleksandr Usyk di Jeddah, Arab Saudi malam ini adalah aksi wajib menang bagi menebus kekalahan yang dialami pada perta­rungan pertama tahun lalu.

Sebagai rekod, ini adalah kali kedua Joshua akan menentang Usyk di atas gelanggang profesional selepas petinju Ukraine itu melakar kemenangan menerusi keputusan majoriti pada pertarungan pertama di Stadium Tottenham Hotspur, London, September lepas.

Kata Joshua, kekalahan yang dialami pada tahun lalu menjadi ‘igauan ngeri’ yang sukar dilupakan dalam kariernya sekali gus terpaksa merendahkan martabat untuk mengajak Usyk melakukan pertarungan semula pada tahun ini.

“Saya anggap pertarungan dengan Usyk nanti sebagai misi wajib menang dan saya tidak kisah dengan tekanan yang diberikan ke atas diri sendiri. Namun, saya percaya peluang untuk mencatat kemenangan cukup cerah.

“Dalam masa yang sama, saya jangkakan persaingan yang sihat dan sengit bakal diberikan oleh Usyk kerana kami berdua cukup bersemangat untuk bertarung sesama sendiri sekali gus membuktikan siapa petinju terbaik di dunia,” katanya.

Sementara itu, jurulatih peri­badi Joshua, Robert Garcia optimis anak buahnya berada pada tahap terbaik untuk merekodkan keputusan positif dan bersedia untuk menebus kekecewaan yang dialami pada tahun lalu.

Difahamkan, kedua-dua pe­tinju akan diberikan hadiah tunai sama rata nilai sebanyak AS$75 juta (RM335.8 juta) seorang selepas tamat pertarungan nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI