fbpx

Air telah surut di Taman Sri Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sekitar Taman Sri Muda di Shah Alam

SHAH ALAM – Taman Sri Muda di Seksyen 25 di sini yang terdahulu dinaiki air didapati telah surut sepenuhnya.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, situasi itu dicatatkan pada 6.30 petang selepas hujan lebat telah berhenti dan keadaan terkini adalah renyai di sekitar Shah Alam.

Keadaan sekitar Taman Sri Muda di Shah Alam

Katanya, paras Sungai Klang juga berada dalam keadaan selamat dan air mula surut.

“Sehingga kini, tiada sebarang tindakan pemindahan mangsa dibuat berikutan keadaan di Taman Sri Muda, Shah Alam terkawal.

“Pusat Pemindahan Sementara (PPS) juga tidak dibuka berikutan tiada mangsa dipindahkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, terdahulu JBPM Selangor telah menerima panggilan kejadian banjir di alamat Jalan Harapan, Jalan Waja, Jalan Makmur dan Jalan Mahir, Taman Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam kira-kira pukul 5.05 petang tadi.

Ujarnya, sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam telah ke lokasi kejadian untuk tindakan menyelamat

Ini melibatkan beberapa aset menyelamat seperti lima buah bot penyelamat, dua jentera bersama 27 anggota termasuk pegawai turut digerakkan untuk tujuan tersebut.

“JBPM Selangor berada dalam kesiapsiagaan penuh di Taman Sri Muda bagi menghadapi situasi banjir sehingga keadaan kembali pulih sepenuhnya.

“Para penduduk di sekitar lokaliti itu diminta untuk tidak panik dan terpengaruh dengan viral-viral melalui media sosial,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa oleh petugas di lapangan daj sehingga kini semua lokasi jalan boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

“Polis menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat apa-apa spekulasi dengan menyebarkan video-video kejadian banjir yang lama tanpa apa apa kesahihan.

“Ini kerana perbuatan sebegini boleh mengganggu ketenteraman penduduk sekitar kawasan berkenaan,” jelasnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI