fbpx

Ainul Mardhiah kembali sihat, tunggu masa keluar wad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar terbaru yang dimuat naik ibunya, Nurul Erwani Zaidi di akaun Instagramnya.

KUALA LUMPUR – Hari demi hari Ainul Mardhiah, 4 , menunjukkan prestasi yang baik untuk kembali sihat apabila stabil tanpa bantuan peralatan hospital.

Terbaharu, Ibunya, Nurul Erwani Zaidi menyatakan perasaan teruja dan gembira dengan memuat naik gambar terbaru Ainul yang kini tidak menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Alhamdulillah, satu hari dah tidak menggunakan oksigen. Lagi sikit nak balik rumah ni kakak Ainul,” tulisnya.

Baru-baru ini, Kosmo! melaporkan keadaan Ainul yang sebelum ini sudah dua kali berada dalam kritikal dilihat terus kuat melawan penyakit jangkitan kuman yang dihadapinya.

Malah, prestasi kesihatannya 18 hari di dalam Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) semakin baik sekali gus mengembalikan keceriaan dan senyuman buat ibu dan bapanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI