fbpx

3 warden, ustaz direman seminggu bantu siasatan kes bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat suspek tiba di Mahkamah Majistret Taiping hari ini untuk pemohonan reman kes kematian seorang lelaki dipercayai akibat dipukul pada Rabu lalu. / FOTO ZULFACHRI ZULKIFLI

TAIPING – Seorang ustaz dan tiga warden sebuah pusat pemulihan dadah di Padang Rengas ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan kematian seorang lelaki dipercayai akibat dipukul pada Rabu lalu.

Ustaz berusia 25 tahun bersama tiga warden berusia lingkungan 20 hingga 27 tahun itu direman bermula hari ini sehingga Jumaat depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Adibah Abdul Kadir di Mahkamah Majistret Taiping di sini.

Terdahulu, kesemua suspek yang berpakaian lokap itu tiba di pekarangan mahkamah menaiki kenderaan polis pada pukul 9.40 pagi dengan diiringi kawalan polis.

Keempat-empat suspek ditangkap semalam susulan kematian lelaki berusia 25 tahun yang dijumpai dengan beberapa kesan luka dan lebam di badan.

Lelaki yang juga penghuni pusat pemulihan berkenaan ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik tetamu dengan kaki dan tangannya diikat kain.

Menurut Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, lelaki tersebut diikat bagi mengelakkan dia mengamuk selepas dua kali percubaannya melarikan diri dari pusat pemulihan itu gagal.

Katanya, mangsa juga sebelum itu dikatakan cuba mencederakan seorang warden dengan pisau hingga berlaku pergelutan namun berjaya ditangkap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI