fbpx

3 ditemui rentung, rumah terbakar di Sandakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran yang mengakibatkan tiga ditemui rentung dalam kejadian di Taman Rajawali, Sandakan malam tadi. / FOTO IHSAN BOMBA

SANDAKAN – Tiga individu ditemui rentung selepas kediaman mereka terbakar dalam kejadian di Taman Rajawali, di sini malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.35 malam.

“Seramai 18 pegawai dan anggota bersama dua jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik pasukan bomba tiba di lokasi kejadian, kebakaran membabitkan rumah dua tingkat jenis kekal yang berkeluasan 26 meter persegi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Jelasnya, dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, semua yang rentung terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita.

Bagaimanapun, identiti semua mangsa yang ditemui di bahagian ruang tamu rumah berkenaan masih belum dikenalpasti.

“Kesemua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Api berjaya dikawal pada pukul 11 malam sebelum operasi tamat sepenuhnya pada pukul 1.21 pagi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI