fbpx

Wanita cemas ‘filler’ payudara pecah, air kuning mengalir laju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita mengakui menyesal dengan tindakan mengambil suntikan ‘filler’ bagi membesarkan saiz payudara apabila terpaksa menanggung sakit kemudiannya.

‘Beranak pun tak sakit macam ini,” luahnya menerusi akaun media sosial baru-baru ini.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Husna itu, berkongsi pengalaman berdepan detik cemas selepas suntikan ‘filler’ pada bahagian payudaranya itu pecah dan bocor sehingga mengalirkan cecair berwarna kuning tanpa henti.

Katanya, disebabkan terlalu taksub dengan dunia kecantikan serta mementingkan saiz ‘aset’ seorang wanita, dia sanggup menghabiskan wang untuk mendapatkan rawatan berkenaan di dua buah klinik kecantikan.

“Payudara kecil, lepas bersalin makin jatuh dan kosong, dah lama nak buat filler dan bila tanya harga RM2,800 untuk satu liter dan saya rasa mampu.

“Suntikan pertama pada April dan kemudian suntikan kedua pada Jun lalu di dua klinik berbeza, dan terbaharu bulan ini untuk tambahkan filler di dalamnya,” kongsinya.

Bercerita lanjut, selepas hari ketiga menerima suntikan terakhir, payudaranya mula membengkak dan sakit sehingga menyukarkan untuk bergerak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI