fbpx

Ribut petir di Pantai Timur, Sarawak malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

 

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan Pantai Timur dan Sarawak malam ini.

MetMalaysia menerusi hantaran Facebook memaklumkan, cuaca buruk itu meliputi negeri Kelantan di daerah Gua Musang dan Terengganu di Hulu Terengganu.

“Seterusnya negeri Pahang melibatkan kawasan Rompin dan Sarawak di Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), dan Sibu (Kanowit),”katanya hari ini.

Amaran ribut petir dan hujan lebat tersebut adalah sehingga pukul 10 malam ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI