fbpx

Lelaki seludup lebih 20 ekor haiwan liar ke Chennai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Semua haiwan yang dirampas dihantar semula ke Thailand. – Kastam Chennai

NEW DELHI – Pegawai kastam di Lapangan Terbang Chennai, India merampas hampir 24 ekor haiwan liar yang diseludup ke masuk negara itu menggunakan bagasi seorang lelaki, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Lelaki tersebut menyeludup 15 ular raja, lima ular sawa bola, dua kura-kura Aldabra dan seekor monyet De Brazza yang diletakkan di dalam beberapa kotak.

Semua haiwan yang disembunyikan itu dibawa menerusi penerbangan dari Bangkok ke Chennai, dan ditemui oleh pegawai keselamatan selepas menerima maklumat mengenai aktiviti penyeludupan tersebut.

Kesemua haiwan itu akan  menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum diterbangkan kembali ke Thailand menggunakan penerbangan Thai Airlines.

“Haiwan-haiwan itu dihantar semula (ke Thailand) kerana ia sukar untuk terus hidup di sini,” kata Pesuruhjaya Utama Kastam Chennai, K R Uday Bhaskar.

Suspek dikenal pasti sebagai warganegara India bernama Mohammed Shahiel.

Dia mendakwa bahawa  seorang individu tidak dikenali memberikan bagasi tersebut kepadanya dan memintanya untuk menyerahkan kepada seorang lelaki sejurus tiba di Chennai.

Meskipun tidak memiliki lesen daripada Perkhidmatan Kuarantin dan Pensijilan Haiwan (AQSC) yang membenarkan aktiviti import haiwan-haiwan tersebut, Mohammed Shahiel tidak ditahan pihak berkuasa.

Pegawai-pegawai kastam masih menjejaki individu yang sepatutnya menerima haiwan-haiwan tersebut sejurus tiba di India namun, tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.

Sebelum ini, satu lagi kes serupa yang turut melibatkan haiwan diseludup dari Thailand berlaku pada Mei lalu. Tiada tangkapan juga dibuat dalam kes itu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI