fbpx

Kesedaran potensi francais perlu diperhebatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol (tengah) ketika merasmikan Jelajah Franchise Bay di Pusat Beli Belah Aeon, Shah Alam, hari ini. FOTO : AMIR KHALID

SHAH ALAM – Kesedaran mengenai potensi perniagaan francais perlu diperhebatkan tanpa mengira individu yang mahu berjinak dengan perniagaan atau sudah memiliki rangkaian produk sendiri.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, francais menjadi model perniagaan yang lebih pantas berkembang dan terjamin berbanding konsep konvensional.

“Perniagaan francais lazimnya sudah bertapak dengan jenama kukuh dan mempunyai sistem perniagaan yang sudah teruji dengan baik. Jadi, bakal francais juga tidak perlu mengeluarkan modal besar untuk mempromosikan perniagaan.

“Justeru, kesedaran kepada masyarakat mengenai francais perlu lebih diperluaskan di seluruh negara kerana  berpotensi tinggi mengembangkan lagi perniagaan sedia ada,” katanya selepas merasmikan Program Jelajah Franchise Bay (PJFB) 2022 peringkat negeri Selangor di pusat beli belah Aeon di sini, hari ini.

PJFB siri keempat disertai 20 syarikat francais tempatan itu merangkumi sesi pameran yang bertujuan memberi pendedahan mengenai sistem perniagaan, pakej latihan dan pembiayaan disediakan kerajaan.

Jelas Rosol, usaha KPDNHEP membangunkan industri francais dapat dilihat daripada statistik Laporan Tahunan Perniagaan Francais ( LTPF ) pada 2020 menunjukkan nilai jualan syarikat francais meningkat sebanyak 9.7 peratus kepada RM14.6 bilion berbanding RM13.3 bilion pada tahun. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI