fbpx

Keluarga Glazer sedia jual saham Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AVRAM (kiri) dan Joel dilaporkan masih mahu mengekalkan pemilikan mereka ke atas United biarpun beberapa ahli keluarga Glazer yang lain bersetuju untuk menjual saham mereka. – AFP

LONDON – Pemilik Manchester United, keluarga Glazer dilapor­kan sudah memulakan rundi­ngan bersama firma ekuiti swasta dari Amerika Syarikat, Apollo untuk menjual sebahagian kecil pegangan saham mereka ke atas kelab tersebut.

Bagaimanapun, difahamkan keluarga berkenaan tidak bersedia melepaskan sepenuhnya pemilikan tersebut apabila Avram dan Joel akan mengekalkan pegangan mereka sebaliknya hanya ahli keluarga yang lain berminat untuk melakukannya.

Keluarga Glazer ketika ini berdepan kecaman hebat daripada para peminat United yang turut mengancam untuk memboikot perlawanan menentang Liverpool di Old Trafford Selasa minggu depan ketika mereka cuba mengelak berdepan kekalahan ketiga berturut-turut.

Berita mengenai keinginan keluarga Glazer untuk menjual pemilikan tersebut menyaksikan saham United melonjak 7.1 peratus dalam Bursa New York pada kelmarin apabila ditutup pada nilai £11.36 (RM61.18) bagi sesaham.

Bagaimanapun, proses penjualan tersebut dijangka tidak berlaku dalam tempoh yang singkat dan hanya dijangka berlaku paling awal pada bulan hadapan.

Selepas berjaya memiliki saham United pada 2003, keluarga Glazer menjadi pemilik penuh pasukan berkenaan pada 2005 dengan membeli majoriti pegangan.

Apollo yang akan bertanggungjawab menguruskan penjualan saham dan mencari pelabur baharu dikatakan tidak mema­sukkan nama bilionair dari Bri­tain, Sir Jim Ratcliffe yang turut menyatakan minat untuk menjadi pemegang saham baharu.

Ratcliffe sebelum ini cuba untuk mendapatkan pemilikan saham Chelsea ketika mereka berdepan konflik ekoran penggantungan Roman Abramovic, namun tewas kepada Todd Boehly dari Amerika Syarikat.

Ahli perniagaan berusia 69 tahun itu dilaporkan memiliki kekayaan bernilai kira-kira £12 bi­lion (RM64.63 bilion). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI