fbpx

Indonesia keluarkan wang kertas baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tujuh pecahan wang kertas baharu yang dikeluarkan BI semalam kini boleh digunakan secara sah di seluruh Indonesia. – Bank Indonesia

JAKARTA – Bank Indonesia (BI) secara rasmi mengeluarkan wang kertas baharu mata wang rupiah bagi tahun terbitan 2022 merangkumi nilai 1,000 hingga 100,000 rupiah (RM0.30 sen hingga RM30), lapor stesen penyiaran CNN Indonesia semalam.

Gabenor BI, Perry Warjiyo berkata, bank pusat itu mengeluarkan tujuh pecahan wang kertas baharu yang sah digunakan untuk urus niaga di seluruh negara.

“Dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim dan mengharapkan reda Allah, hari ini, 18 Ogos 2022, saya bersama Menteri Kewangan, Sri Mulyani merasmikan pengeluaran tujuh pecahan wang kertas rupiah terbitan tahun 2022.

“Wang kertas merupakan simbol kedaulatan negara dan medium untuk menyatu padukan rakyat Indonesia,” katanya dalam satu siaran di laman YouTube.

Sementara itu, Sri Mulyani berkata, rupiah bukan sekadar mata wang, sebaliknya menggambarkan perjalanan kemerdekaan bangsa Indonesia.

Justeru katanya, setiap lembaran wang kertas rupiah akan mengingatkan rakyat Indonesia terhadap sejarah negara.

“Pada 30 Oktober 1946, wang Republik Indonesia dikeluarkan dan ketika itu, ia dilancarkan oleh wakil Presiden, Mohammad Hatta.

“Wang kertas rupiah selayaknya dijadikan medium yang harus dihormati dan dibanggakan,” kata Sri Mulyani.

Presiden Joko Widodo (Jokowi) sebelum ini menetapkan lapan tokoh negara sebagai gambar utama pada wang kertas baharu itu.

Ia sejajar dengan Keputusan Presiden Nombor 13 Tahun 2022 mengenai penetapan Gambar Pahlawan Nasional sebagai Gambar Utama pada Bahagian Depan Rupiah Kertas Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI). – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI