fbpx

Fabio Quartararo perlu tawan saingan GP Austria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO perlu meraih kemenangan di Litar Red Bull Ring untuk kembali menjarakkan kedudukan selepas Bagnaia meraih dua kejuaraan sebelum ini. – AFP

LONDON – Juara enam kali Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP), Marq Marquez me­ngakui pelumba Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo masih memiliki peluang cerah untuk mempertahankan kejuaraan dunia selepas mendahului carta sai­ngan musim ini.

Sebagai rekod, Quartararo telah menjuarai tiga perlumbaan GP musim ini, tetapi gagal meraih keputusan positif pada dua sai­ngan lepas di GP Belanda dan GP Britain dengan kedua-dua perlumbaan dimenangi jaguh Ducati, Francesco Bagnaia.

Menurut Marquez, pelumba kelahiran Perancis itu perlu kembali berada di landasan kemenangan pada perlumbaan Grand Prix (GP) Austria di Litar Red Bull Ring jika mahu melebarkan jurang mata yang diraihnya ketika ini.

“Saya rasa untuk perlumbaan GP Austria minggu ini saingan rancak dapat disaksikan melibatkan Quartararo dengan Bagnaia. Kita tahu Bagnaia memiliki momentum tersendiri apabila menjuarai dua perlumbaan lepas.

“Di atas kertas, rekod Ducati pada saingan Red Bull Ring juga wajar dijadikan sandaran memandangkan mereka bergelar juara di sana enam kali sejak lapan edisi kejuaraan MotoGP yang lepas.

“Selain itu, cabaran daripada Aleix Espargaro yang mewakili pasukan Aprilia juga perlu diawasi dan sekiranya Quartararo tidak berwaspada, kemungkinan kedudukannya selaku pendahulu carta kejuaraan dunia mungkin boleh dirampas.

“Secara keseluruhan, saya masih meletakkan kepercayaan bahawa Quartararo tidak mempunyai masalah untuk mempertahankan kejuaraan dunia yang dimenangi pada musim lepas tetapi dengan syarat, dia perlu konsisten pada baki saingan musim ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI