PETALING JAYA – Keadaan cuaca dilihat baik dan cerah hampir ke semua negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak petang ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan laporan cuaca buruk melibat beberapa daerah di Kedah dan Perlis yang dijangka berterusan sehingga pukul 3 petang.
MetMalaysia dalam kenyataan di Facebooknya memaklumkan, antara kawasan yang terlibat adalah Langkawi dan Kubang Pasu.
Orang ramai dinasihatkan untuk terus mengikuti perkembangan cuaca terkini bagi melakukan sebarang persediaan bencana. – KOSMO! ONLINE