fbpx

Berbalas ciuman, Anna Jobling simpati Meerqeen dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KATA Anna Jobling, keadaan dikerumuni peminat yang ramai ketika berada di Indonesia baru-baru ini menyebabkan berlakunya banyak kejadian di luar kawalan.

PUCHONG – Pelakon Anna Jobling bersimpati dengan aktor lawannya dalam drama popular Melur Untuk Firdaus, Meerqeen yang dikecam teruk netizen selepas tular video saling berbalas ciuman di dahi dan pipi bersama pelawak Indonesia, Kiky Saputri.

Anna yang turut berada di lokasi kejadian ketika menghadiri program hiburan di Indonesia bersama Meerqeen berkata, dia tidak sedar bilakah kejadian ciuman tersebut berlaku sehinggalah pelawak itu memuat naik video terbabit dalam Instagram dan TikTok peribadi miliknya.

“Saya memang berada di sana ketika itu, tapi saya tidak nampak apa yang mereka lakukan sebab keadaan di sana terlalu ramai.

“Walaubagaimanapun saya simpati dengan Meerqeen sebab dia bukan berniat tidak baik, cuma benda itu nak berlaku dan bukan sesuatu yang buruk. Malah kami mencipta banyak memori manis di sana.

“Kadangkala kita tak tahu apa yang akan berlaku. Ditambah pula dengan perasaan teruja sepanjang berada di Indonesia,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk jamu Mutyara di Puchong, semalam.

Menurut Anna, 22, biarpun kadangkala sukar mengawal keadaan ketika dikerumuni peminat, namun dia sentiasa mengambil langkah berhati-hati kerana tidak mahu dikecam.

“Ketika berada di Indonesia kebanyakan peminat wanita meminta izin untuk memeluk Meerqeen. Bagi saya itu adalah perkara yang patut dilakukan bagi menghormati dan menjaga batas.

“Namun, kadangkala perkara itu terjadi di luar kawalan kerana berlaku dengan cepat dan tidak sempat hendak berfikir panjang. Ibaratnya tidak sempat hendak bernafas dan kemudian baru tersedar.

“Tapi saya akan sentiasa mengingatkan diri agar berhati-hati apabila membabitkan soal pergaulan sebab tidak mahu menerima kecaman teruk.

“Cuma saya mungkin beruntung sebab majoriti peminat adalah dalam kalangan wanita dan tidak menjadi satu masalah besar,” kata Anna.

Semalam, kecoh dalam media sosial apabila sebuah video menunjukkan Meerqeen mencium dahi Kiky Saputry yang kemudian membalas semula dengan mencium kembali pipi pelakon itu.

Tindakan pelakon itu menuai rasa kecewa peminat dengan tindakan berani matinya yang kesal kerana dia bertindak melakukan perbuatan sedemikian.

Aksi berkenaan yang dimuat naik Kiky, 28, dalam Instagram dan TikTok peribadi miliknya kemudian menjadi tular sehingga mendapat pelbagai reaksi, terutama dalam kalangan peminat Meerqeen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI