fbpx

Trio pelajar cemerlang STPM mahu jadi pensyarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri, Muhammad Nur Danish, Muhammad Farhan dan Aminur Aridh melihat slip keputusan STPM masing-masing selepas berjaya meraih PNGK 4.00 di KISAS, hari ini.

KLANG – Tiga pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) yang meraih keputusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) hari ini berkongsi cita-cita apabila ingin bergelar pensyarah pada masa depan.

Mereka adalah Muhammad Farhan Aziz, Muhammad Nur Danish Kaman dan Aminur Aridh Mahdi masing-masing berusia 20 tahun turut memasang impian sama menyambung pelajaran di Universiti Malaya atau Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang usuluddin atau syariah.

Trio tersebut juga daripada satu kelas sama iaitu 6 Atas Muslim di KISAS turut menjadikan STPM sebagai peluang kedua selepas gagal mendapat tempat di universiti awam dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka sebelum ini.

Muhammad Farhan berkata, menjadikan amalan peta minda sebagai petuanya untuk mencatatkan keputusan cemerlang.

Kata anak sembilan daripada 10 beradik itu, dia turut menjadikan strategi belajar bersama dengan lapan rakannya termasuk Muhammad Nur Danish dan Aminur Aridh dalam berkongsi mengulangkaji berkaitan pelajaran.

“Cabaran dalam mod Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) menguji saya terutama dalam mengekalkan motivasi untuk belajar.

“Belajar bersama khususnya menjadi sumber kepada sokongan moral dan tidak berseorangan. Lagipun dengan keputusan cemerlang ini saya berharap mendapat biasiswa penuh bagi melanjutkan pelajaran nanti selepas mendapat 6A dalam SPM sebelum ini,” katanya ketika ditemui di KISAS hari ini.

Bagi Aminur Aridh, keputusannya sebelum ini sekadar meraih 4A dalam SPM menjadi pemangkin untuk terus berjaya seperti rakan-rakan yang lain.

“Setiap kali hilang ‘semangat’, saya tetapkan diri bahawa ini adalah peluang kedua bagi membuktikan kemampuan diri.

“Alhamdulillah dengan keputusan hari ini yang pastinya mengembirakan ibu bapa saya yang bekerja sebagai pekebun dan suri rumah,” ujarnya.

Sementara itu, Muhammad Nur Danish dari Kulim di Kedah memberitahu sentiasa mengamalkan Solat Tahajjud dan Hajat setiap malam sehingga hari peperiksaan selain doa dari ibu bapanya, Kaman Mohammad, 48 dan Aslina Anuar,46.

“Ini bagi memastikan dapat menerima pelajaran dengan mudah selain memberi tumpuan di dalam kelas PdPR ketika guru mengajar.

“Memang saya akui agar tertekan apabila STPM ditangguhkan sebanyak dua kali sebelum ini namun saya sudah tetapkan azam mahu cemerlang selain dorongan serta sokongan daripada ibu bapa yang tidak berbelah bahagi,” jelas anak jurutera kilang itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI