fbpx

Seorang lagi mayat ditemukan 400 meter dari lokasi kejadian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT mangsa yang ditemukan lemas kira-kira 400 meter daripada lokasi mangsa dilaporkan hilang di Sungai Triang, Bera.

BERA – Mayat kedua mangsa lemas yang hilang dibawa arus deras Sungai Triang dekat Kampung Kerayong di sini berjaya ditemukan pada pukul 1.40 pagi, hari ini.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mangsa, Muhammad Danial Isryad Norazlan, 11, ditemukan kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian.

“Mangsa ditemukan dalam keadaan terapung oleh orang awam dan mayat dibawa keluar dengan menggunakan bot gentian kaca.

“Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan,” katanya di sini, hari ini.

Kelmarin dua sahabat, Muhamad Nik Ikmal Shah Ismail,15, dan Muhammad Danial Isryad Norazlan,11, dikhuatiri lemas selepas hilang dibawa arus deras ketika mandi di Sungai Triang di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bera, N, Kumaran dilaporkan berkata, kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu berlaku ketika mangsa bersama empat lagi rakannya mandi menggunakan pelampung tayar di sungai berkenaan.

Susulan itu mayat salah seorang mangsa, Muhammad Nik Iqmal Shah Ismail, 15, ditemukan kira-kira 100 meter daripada lokasi kejadian pada pukul 10.30 malam semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI